Tentang Segedung Karya

Segedung Karya (002523323-M) merupakan satu nama yang begitu rapat dengan aktiviti penulisan dan penerbitan telah muncul untuk menyumbang kepada pembangunan industri penerbitan buku tanah air. Ianya hanya sebuah syarikat yang begitu kecil tetapi dipenuhi dengan cita-cita yang besar. Ianya tidak berhasrat untuk bersaing dengan sesiapa tetapi ianya akan membentuk jalinan yang baik dengan sesiapa sahaja demi perkembangan industri penerbitan ini.

Bermula dengan siri pengembaraan Patriot Panglima yang berjumlah 18 buah kesemuanya akan menyusul pula buku-buku yang lain hasil cetusan pemikiran orang muda. Kami mahu membina industri ini bersama orang muda yang mencari arah untuk menterjemahkan pemikiran mereka dalam bentuk buku. Kami menghargai pemikiran mereka ini dan kami akan membawa mereka bersama-sama mendayung arus dan mencipta pelapis yang akan bergelar penulis suatu masa nanti bagi menguasai industri ini.

Dalam usaha memperluaskan perkembangan industri buku negara, syarikat Segedung Karya melalui Patriotpanglima.com turut memasarkan buku-buku daripada lain-lain penerbit yang meliputi novel dewasa, remaja, kanak-kanak misteri, politik, umum dan lain-lain. Dalam erti kata lain patriotpanglima.com adalah kedai buku online. Dengan adanya kedai buku online-patriotpanglima.com ini, peminat buku bahasa Malaysia terutamanya berpeluang dengan lebih mudah mendapatkan buku pilihan mereka.

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha ini dapat membantu untuk memperkasakan lagi industri penerbitan buku negara.

Salam Mesra.

Pengurusan
www.patriotpanglima.com-Kedai Buku Online
Segedung Karya