Soalan Lazim / FAQ

1. Apakah fungsi laman web Patriotpanglima.com?

Laman web PatriotPanglima.com berfungsi untuk membolehkan pembeli dan peminat buku berbahasa melayu mendapatkan buku kegemaran mereka secara ONLINE dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai buku.

2. Bagaimanakah pembelian ONLINE Patriotpanglima.com ini berfungsi?

Laman web PatriotPanglima.com akan bertindak seperti jurujual dan pembeli boleh memilih buku yang diminati, memasukkan nama dan alamat untuk proses penerimaan buku dan kemudian membuat pembayaran. Kesemua maklumat pembelian akan diproses oleh Patriotpanglima.com dalam kadar segera dan kemudian buku akan dihantar kepada pembeli menggunakan Pos Malaysia.

3. Bagaimana untuk saya membuat pembayaran di Patriotpanglima.com?

PatriotPanglima.com menerima pelbagai jenis pembayaran dan boleh dirujuk di laman web kami.
Tips membuat pembayaran : Sekiranya tuan puan gagal membuat pembayaran secara online, sila pilih cara pembayaran lain seperti menggunakan manual internet banking atau melalui mesin cash deposit.

4. Berapa lama masa yang diambil untuk Patriotpanglima.com menghantar buku yang dibeli?

Masa memproses sesuatu pembelian biasanya mengambil masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dan buku akan dihantar menggunakan Pos Malaysia yang biasanya mengambil masa seperti berikut: Pos Laju (Tempoh masa penghantaran 3 hingga 5 hari berkerja).
Selepas membuat penghantaran, pihak PatriotPanglima.com akan menghantar email yang mengandungi no. tracking kepada pelanggan biasanya dalam masa 24 jam selepas penghantaran dibuat. Status terkini penghantaran boleh dirujuk di website Pos Laju dengan menggunakan no tracking yang dibekalkan. Semak di sini: http://www.poslaju.com.my

5. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya buku yang saya dapat dalam keadaan tidak sempurna?

Buku yang dibeli daripada PatriotPanglima.com biasanya akan sampai dalam keadaan yang sangat baik. Namun sekiranya berlaku kejadian buku yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan yang tidak memuaskan, sila hubungi Patriotpanglima.com (email, telefon, sms) untuk tujuan pemulangan buku yang tidak sempurna tadi dan pihak kami akan menghantar buku baru kepada anda tanpa sebarang kos tambahan.

6. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima buku yang saya beli?

Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya anda tidak menerima buku yang dibeli dalam tempoh 3 minggu selepas pembayaran dilakukan. Kami akan menyemak maklumat anda dalam kadar segera samada ianya disebabkan oleh kecuaian PatriotPanglima.com atau kelewatan oleh Pos Malaysia.

8. Berapakah kos penghantaran buku-buku yang dibeli di PatriotPanglima.com?

Kos penghantaran buku-buku yang dibeli di PatriotPanglima.com adalah berdasarkan kepada kos yang digunakan oleh perkhidmatan Poslaju.

12. Saya memilih untuk membuat pembayaran secara Bank-in manual di mesin ATM. Masalah saya ialah mesin ATM tidak menerima duit kecil (seperti duit syiling dan wang kertas RM1, RM5) menyebabkan saya tidak dapat memasukkan jumlah yang tepat. Sekiranya saya membuat pembayaran terlebih, adakah pihak PatriotPanglima.com akan memulangkan baki bayaran saya?

Polisi kami ialah tidak memulangkan baki kepada para pelanggan bagi kes ini. Kami juga dinasihatkan oleh pihak POS LAJU supaya tidak memasukkan duit dalam bungkusan berserta dengan buku. Kami lebih mengesyorkan para pelanggan/pembeli untuk menggunakan kaedah bank-in secara online daripada menggunakan mesin ATM. Kami juga menyesyorkan para pelanggan yang ingin membuat pembayaran menggunakan mesin ATM supaya menggenapkan jumlah pesanan supaya tidak berlaku masalah ini.
Sekiranya ia masih tidak dapat dielakkan, duit baki pembayaran para pelanggan boleh digunakan untuk membuat pembelian yang seterusnya.

13. Semasa POS LAJU membuat penghantaran, saya tiada dirumah dan mendapati pihak POS LAJU tidak meninggalkan apa-apa nota untuk dirujuk. Apa yang harus saya lakukan?

Pertama sekali, sekiranya pelanggan tidak mendapat pesanan dalam masa jangkaan normal iaitu 3-5 hari bekerja, pelanggan disarankan untuk menghubungi pihak PatriotPanglima.com bagi memaklumkan perkara tersebut. Ini kerana kebiasaanya pihak POS LAJU tidak memaklumkan status penghantaran mana-mana pesanan kepada kami dan ianya mengambil masa yang lama untuk sesuatu bungkusan kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut. Dalam kes ini, pihak PatriotPanglima.com tidak akan menanggung kos penghantaran kali kedua sekiranya barang yang dihantar kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut (atau sebab-sebab lain yang disebabkan oleh kecuaian pelanggan).

15. Apa itu nombor pesanan / order id?

Selepas membuat pesanan di PatriotPanglima.com, para pelanggan akan menerima email Invoice daripada pihak kami. Tertera pada Invoice tersebut ialah nombor pesanan seperti : Order #12345

17. Saya telah membuat pesanan online. Tetapi saya tidak mendapat buku yang dipesan kerana tidak ada orang ditempat alamat yang saya tetapkan semasa pihak POS LAJU membuat penghantaran. Bagaimana dengan pesanan saya?

Kami sarankan supaya pelanggan menetapkan alamat yang boleh menerima pesanan yang akan dihantar samada pelanggan itu sendiri atau sesiapa juga yang boleh bertanggungjawab menerima pesanan tersebut. Sekiranya pihak POS LAJU mendapati tidak ada orang yang menerima pesanan di alamat yang ditetapkan, pihak POS LAJU biasanya akan meninggalkan sekeping nota dan pelanggan perlu ke Pejabat POS berdekatan untuk mengambil bungkusan yang dihantar. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kes pihak POS LAJU tidak meninggalkan nota tersebut iaitu;

  • Penerima tidak dikenali
  • Penerima telah berpindah
  • Alamat salah/tidak lengkap
  • Alamat tidak mempunyai peti surat untuk diletakkan nota
  • Alamat berada di kawasan pendalaman
  • Sekiranya ini berlaku, bungkusan biasanya dihantar kembali kepada kami dan pelanggan perlu membayar kos penghantaran sekali lagi sekiranya ingin bungkusan tersebut dihantar sekali lagi.