Penghantaran & Info

Kami membuat penghantaran buku hampir ke seluruh Malaysia. Melalui penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia, anda mempunyai pilihan mengikut jenis penghantaran yang bersesuaian dengan keperluan serta bajet anda. Cara yang paling sesuai untuk mengetahui kos penghantaran adalah dengan memilih buku dan terus ke langkah-langkah pembelian. Kami cuba memberikan anda pilihan penghantaran yang bersesuaian dengan keperluan serta dalam lingkungan bajet anda.

Jenis penghantaran ini adalah yang ditawarkan oleh Pos Malaysia. Di sini kami memberikan anda perbandingan supaya dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih jenis penghantaran tersebut.

SYARAT PENGHANTARAN

Kos penghantaran ditanggung oleh pihak pembeli.

Pembelian setiap buku mempunyai kos penghantaran yang tersendiri mengikut timbangan berat buku.

Kos penghantaran dikenakan cukai GST 6%.

KAEDAH PENGHANTARAN

Perkhidmatan Kurier

Kedai buku online Patriotpanglima.com menggunakan perkhidmatan kurier seperti Pos Laju, GDeX, Asia Xpress, Xyllem, MatDespatch.com, City-Link & ABX Express untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Bayaran yang dibuat sebelum 9 pagi (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama juga.

Pemprosesan & penghantaran order/pesanan dilakukan setiap hari, termasuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

Sekiranya syarikat courier cuti, order/pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

Kami akan maklumkan lebih awal jika ada penutupan operasi semasa musim perayaan.

SELF PICKUP

Pengambilan buku hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari tempoh bekerja. Buku yang tidak dituntut akan diwakafkan kepada organisasi yang memerlukan.

1. Wajib buat bayaran terlebih dahulu.

2. Membuat temujanji dikawasan Gombak, Kepong atau kawasan-kawasan yang berdekatan.

Atau datang ambil sendiri di alamat berikut & maklumkan nombor order / pesanan:
No.12-1 Jalan PPS 1,
Pusat Perdagangan Selasih,
68100 Batu Caves.

4. Maklumkan melalui emel, whatsapp ataupun telefon. Beritahu kami sehari sebelum anda
datang supaya kami sempat proses & sediakan buku yang dipesan.

5. Pengambilan hanya boleh dibuat seperti dalam jadual yang berikut:
Isnin – Jumaat: 10.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu & Ahad: 10.00 pagi – 5.00 petang

Pastikan anda sudah menerima emel yang mengatakan order/pesanan anda sudah diproses sebelum datang mengambil pesanan.

Call/Whatsapp: 019 317 8502
WhatsApp only: 013 341 6783
Emel: segedungkarya@gmail.com

Perhatian!!
Pastikan Alamat anda betul, nombor telefon anda terkini dan dapat dihubungi.

Sekiranya alamat anda tidak tepat, kami memerlukan anda menanggung semula kos penghantaran untuk kali ke dua.

Kami akan memberikan nombor Jejak & Kesan (tracking) melalui sistem tempahan yang akan anda terima juga melalui emel yang digunakan semasa pendaftaran.

Sekiranya tidak terdapat kos penghantaran semasa checkout sila hubungi kami .

Sebarang pertanyaan atau masalah, mohon emelkan terus ke segedungkarya@gmail.com untuk maklum balas segera. Nyatakan nombor order/pesanan anda untuk memudahkan semakan dibuat.