Siri Patriot Panglima ialah satu penjelajahan fantasi yang menghiburkan!

Penceritaan yang memberikan keterujaan untuk terus membaca. Patriot Panglima akan membawa pembaca untuk mengenali erti kejujuran, erti persahabatan, erti budi, erti keluhuran hati dan juga erti kepahlawanan.

Menjelajahlah bersama Patriot Panglima untuk membebaskan alam ini daripada kemusnahan.

Dia adalah manusia yang luar biasa. Dia mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian untuk memberi pembelaan kepada yang memerlukan dan membenters kejahatan demi menjaga alam ini daripada kemusnahan.

Itulah dia Patriot Panglima yang dibekalkan dengan ilmu kebatinan dan pertempuran untuk melakukan satu tugas penting yang di arahkan oleh gurunya Rapuh Inderagara.

Bertemankan rakan karibnya Sang Kancil Putih, Patriot Panglima merantau dari satu negeri ke satu negeri dalam usaha memenuhi permintaan gurunya itu. Apa yang di jangkanya memang benar-benar berlaku.

Pengembaraannya penuh dengan cabaran dan dugaan. Dia menyahut setiap cabaran itu dengan penuh rasa tanggung jawab. Dia benar-benar memegang amanah daripada gurunya untuk menjadi manusia yang tabah dan menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan segala permasalahan.

Patriot Panglima adalah contoh perwatakan seorang wira untuk semua zaman. Dia di sukai oleh semua orang kerana keramahan dan kepintarannya dan dia di geruni oleh musuh sama ada di darat atau di lautan.

Ketampanan dan keperebadiannya itu telah memikat ramai hati seperti Puteri Ratni Gemalasari,Ratu Irami, Puteri Terati, Puteri Ayu Melori,Cempa Sari, Ratu Kasuna dan juga Tabranu! Siapakah mereka ini? Semuanya akan di perkenalkan kepada pembaca semua dalam siri-siri buku Patriot Panglima Penyelamat Alam. Siapakah yang menjadi pilihan Patriot Panglima?

Namun begitu Patriot Panglima juga terpaksa berhadapan dengan musuh-musuhnya seperti Jembalang Mata Tiga, Jaganga Hitam , Lang Ragana, Rang Lalutuk dan juga raksasa seperti Kebatu Api serta juga ular berkepala Tujuh. Adegan pertempuran yang di tempuhi oleh Patriot Panglima telah mematangkan lagi sikap dan perwatakan kepahlawanannya.

Rapuh Inderagara mempunyai ketinggian ilmu

Tidak ramai yang mengetahui latar belakang Rapuh Inderagara yang tinggal di Gua Merapuh. Namun orang tua yang kelihatan berusia ratusan ini adalah guru kepada Patriot Panglima. Namun orang tua itu masih cergas dan mampu melakukan gerak silat sama seperti orang muda. Apa yang ada di Gua Merapuh dan dari manakah asalnya Rapuh Inderagara ini?

Pendakian ke Gua Merapuh juga adalah satu tugas yang begitu mencabar. Usaha-usaha mendaki Gua Merapuh itu perlu di mulai dengan niat yang baik. Jika niat itu baik pendakian ke gua berkenaan akan mengambil masa yang singkat sahaja tetapi bagi mereka yang mempunyai niat yang jahat ianya akan mengambil masa yang agak lama.
Ada juga beberapa peristiwa di mana pendaki yang berniat jahat langsung tidak bertemu dengan gua berkenaan walaupun sudah berhari-hari mendaki dan yang paling malang sekali bila pendaki yang berniat jahat itu tidak dapat turun dari gunung berkenaan.

Bagi Patriot Panglima dan si Kancil Putih, pendakian ke Gua Merapuh mengambil masa yang singkat sahaja. Laluannya begitu mudah. Di kiri kanan laluan terhias pokok-pokok yang begitu mekar bunganya dan berbau harum dengan unggas berterbangan serta bunyi-bunyian yang menceriakan. Pokok-pokok itu begitu cantik terhias seolah-olah ada orang yang menjaganya. Udaranya begitu segar serta nyaman dan pendakian langsung tidak terasa kepenatan. Cuaca juga tidak terasa panas walaupun matahari mula menegak di atas langit. Itulah kehebatan Gua Merapuh di Gunung Semerah di negara Sedakari. Saksilah pertarungan hebat antara Rapuh Inderagara dengan Jembalang Mata Tiga kemudian nanti.

Puteri Ratni Gemalasari cantik dan tangkas

Kali pertama Patriot Panglima melihat Puteri Ratni Gemalasari ialah semasa puteri itu mandi di atas bahtera di sebatang sungai berdekatan Buana Hijau. Puteri itu dengan dayang-dayangnya mendendangkan lagu puteri bersiram yang begitu menghiburkan. Bagaiamana pula iramanya? Cubalah nyanyikannya…

“ Indahnya alam ini,
Jika dapat memeluk gunung,
Indahnya hati ini,
Jika bertemu,
Kekasih yang di rindui.

 

Wahai bayu yang begitu mengerti,
Kirimkan salam aku kepada dia,
Ketemulah kami di alam ini,
Di dalam bahtera cinta yang indah .

 

Wahai bunga yang semerbak wangi,
Burung yang pandai bercerita,
Sungai yang begitu mengerti,
Padulah dua hati,
Agar terubat rindu ini,

 

Marilah bersama bergembira,
Bernyanyi sambil bersiram,
Nyanyikan lagu syahdu,
Untuk kita dan alam,”

Patriot Panglima juga terpesona dengan dendangan lagu tersebut. Patriot Panglima cuma dapat melihat puteri itu dari jauh sahaja. Namun Patriot Panglima telah dapat bertemu puteri berkenaan untuk kali kedua bila puteri itu mempersembahkan nyanyian di Majlis Pemujaan Payatan di Istana Lama Negara Tetanggi tetapi tidak ada perbualan yang berlaku cuma sekadar senyuman sahaja. Hubungan Patriot Panglima semakin erat bila kedua mereka berpadu tenaga untuk menyelamatkan Ratu Kasuna yang di tawan oleh Jembalang Mata Tiga.

Siapakan Puteri Ratni Gemalasari yang sebenarnya? Kita semua akan dipertemukan dengan puteri ini kemudian nanti.

Kenapa Sawa Nadiri di takuti?

Ular yang dikenali sebagai Sawa Nadiri adalah ular terbesar yang pernah ditemui oleh Patriot Panglima. Namun Sawa Nadiri bukanlah sebarang ular. Ular yang besar ini boleh mengecilkan dirinya sebesar lidi sahaja.

Namun ular itu Berjaya di jinakkan oleh Patriot Panglima dengan meniup seruling bambu hitamnya. Ternyata ular itu menjadi lemah dan tertidur bila mendengar tiupan seruling berkenaan.

Perkenalan ular itu menjadikan Sawa Nadiri sebagai sahabat yang setia kepada Patriot Panglima. Bahkan Sawa Nadiri banyak mencurah jasanya bagi menolong Patriot Panglima dalam pertempuran melawan musuh.

PATRIOT PANGLIMA dipaparkan dalam 18 siri buku yang memberikan keterujaan untuk membaca. Buku ini dimuatkan dengan falsafah kehidupan dan memberikan penekanan dalam aspek moral, ketinggian budi, hormat menghormati seperti peribahasa ini ‘ mengikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi,’atau ‘ menjauhi sifat menipu kerana perbuatan itu boleh merugikan diri sendiri,’ atau nasihat ini,‘hanya orang yang ada keyakinan, kesabaran dan mempunyai hati yang bersih sahaja mampu untuk berjaya di atas dunia ini.

Orang jahat yang suka menimbulkan kemusnahan tidak akan bertahan lama. Lambat laun mereka akan musnah juga.’ Nasihat ini adalah untuk memperkuatkan lagi penekanan kepada aspek falsafah pendidikan dan moral yang mewarnai buku ini.

Buku yang padat dengan aksi dan pertarungan ini adalah hasil tulisan Hashim Akob dan watak-watak serta nama tempat yang terdapat dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

BUKU PERTAMA yang bertajuk Patriot Panglima Penyelamat Alam mengisahkan tentang Patriot Panglima dan Sang Kancil Putih terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai dugaan semasa dalam perjalanan ke Negara Buana Hijau.

Banyak persoalan yang tidak dapat di perjelaskan seperti bagaimana sungai yang hendak di seberangi oleh Patriot Panglima tiba-tiba menjadi lebih luas dan airnya semakin laju dengan rebut taufan berlaku di dalamnya, melihat Tentera Burung keluar untuk berperang dan juga menyaksi pasukan Tentera Mutera yang bergerak tanpa kepala dan paling istimewa ialah bila dapat menyaksikan puteri bersama dayang-dayang bersiram di atas bahtera sambil bernyanyi-nyanyi.

Burung-burung juga berterbangan berdekatan dengan bahtera itu dengan bunyian yang mengiringi lagu nyanyian di bahtera berkenaan.

Banyak lagi kejadian anih yang akan di hidangkan kepada pembaca dalam siri-siri berikutnya. Selamat membaca!

BUKU KEDUA: Pertempuran Hebat di Buana Hijau.

Apa yang berlaku di Buana Hijau adalah di luar jangkaan Patriot Panglima. Raja Buana Hijau telah meminta Patriot Panglima dan Sang Kancil untuk menyelamatkan negara itu daripada kemusnahan.

Apakah yang sebenarnya berlaku di Buana Hijau berkenaan? Teruskan mengembara bersama Patriot Panglima untuk untuk membantunya menyelamatkan Buana Hijau. Buku-buku ini akan diterbitkan tidak lama lagi.

Dapatkan semua keluaran siri PATRIOT PANGLIMA daripada pengedar kami yang sah atau hubungi www.patriotpanglima.com

Buatlah tempahan sekarang melalui patriot panglima.com